Pages......

Tuesday, June 16, 2009

My Relatives?!?

Extracted from Berita Harian 15 June 2009 (Dunia 38)

Pulau Tikus sudah tiada tikus

Anchorage : Pulau Tikus di Alaska akhirnya bebas tikus, selepas sebuah kapal Jepun yang tenggelam 229 tahun lalu mengakibatkan tikus yang bertempiaran lari melompat masuk ke pulau berkenaan, menyebabkan jumlahnya melebihi jumlah burung di pulau itu.
Selepas mencurahkan racun ke pulau itu daripada helikopter selama seminggu setengah pada musim gugur lalu, kini tiada lagi tanda-tanda wujud tikus yang masih hidup, dan burung pun sudah mula kelihatan berterbangan, menurut Perkhidmatan Ikan dan Hidupan Liar Amerika Syarikat.

Tikus mula bermaharajalela di pulau berkenaan sejak 1780, apabila haiwan perosak itu melompat daripada kapal Jepun yang tenggelam dan mengharungi pulau berkenaan. Kejadian ini menyebabkan tikus daripada spesies asing, tikus Norway mula berpindah ke Alaska.

Projek pembasmian tikus benilai AS$2.5 juta (RM8.75 juta), usaha sama di antara kerajaan persekutuan AS, Pertubuhan Pemuliharaan Semulajadi dan Pertubuhan Pemuliharaan Pulau adalah antara usaha paling besar bagi menghapuskan spesies asing daripada sebuah pulau.

Sudah ada tanda tanda beberapa spesies burung kini mula menduduki semula pulau berukuran 26 kilometer persegi itu.

Namun agak terlalu awal untuk menyatakan Pulau Tikus sudah bebas tikus sepenuhnya, dan ini akan hanya dapat dipastikan selepas pemantauan selama sekurang kurangnya dua tahun, kata jurucakap Perkhidmatan Ikan dan Hidupan Luar di Anchorage

No comments: